Jumaat, 26 Ogos 2011

SeLAmaT HarI Raya !!!

Di sini aku nak ucapkan selamat hari raya kat semua yang melawati blog aku..hope ko orang gembira beraya pada tahun nie ye..sape2 yang nak balik jauh tue..buatlah persediaan dan rancang penjalanan anda..hati-hati di jalan raya ye...ingatlah orang tersayang.. Huhu..hari nie aku balik kampung..mungkin aku bertolak malam...cuaca pun x menentu...keadaan jalan nanti licin..hujan je..ishh..kenalah berjaga mata malam nie..Oklah,sekali lagi aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. BYE.... assalamualaikum..

Jumaat, 12 Ogos 2011

Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan

Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan
24/05/2011 12:28pm
KUALA LUMPUR 24 Mei – Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.
Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. – Bernama

Isnin, 8 Ogos 2011

pEnINg

Hari nie hari yang paling bosan..pening sangat aku berfikir..sampai terasa bosan pulak rasanya..masalah bertimbun-timbun nak difikirkan...sakit kepala...huhuhuhuhuh.Bulan depan banyak tul nak pakai duit...tapi aku geram tul skim tafakul..dah berhenti tapi potong lagi..eeeee....pening,geram2...

Jumaat, 5 Ogos 2011

SeLaMaT MeNYaMbuT buLaN RaMaDHaN

1/8/2011 bermulalah umat islam di malaysia berpuasa..huhh tak sangka pulak sekejap je masa berlalu..dah puasa kemudian raya pulak..hari nie masuk ke-5 kita puasa.. Sesiapa yang hisap rokok..mesti jadi lembik je kan..??power kurang katakan..hehehe.. Tue lah,suruh hisap benda lain tak mau..hisaplah gula-gula ker,hisap siput sedut ke..kan tak membahayakan kesihatan dan tak gian....hahaahha...Tapi harap-harap korang semua sabar jelah ekk..
Pada bulan puasa nie jugak banyak juadah yang dijual di pasar ramadhan,macam pameran je kalau korang tengok..macam-macam ada...tapi kita perlu ingat,jangan terlalu ikut nafsu...membazir tue adalah satu amalan yang tak baik..Apa yang nampak semua nak beli...tak patut,tak patut...Ada orang kata berpuasa tue boleh menjimatkan duit..tapi kalau semua nak dibeli..jadi pokai plak...hahhahaa..So,korang pandai-pandailah nak berfikir ye..makan ala kadar jer..kalau sekali sekala tue tak apalah...
Oklah,aku pun tak mau cite panjang-panjang..nanti boring plak..semperna bulan yang baik ini,aku hendak ucapkan "SElaMat MenJalaNi IbaDah PuaSa" terutama kepada umat islam di Malaysia dan serata dunia..hihihi.. 

p/s: Jangan ponteng puasa yer!!bagi laki-laki tp kalau perempuan ada sebab tertentu..xpe.hehehhe.



MyCartopia.com Click here to get one