Rabu, 20 Julai 2011

aNuGeRaH

Kembali jugak aku diruangan blog aku..Erm.Sekejap sahaja hari-hari berlalu, tanpa aku sedari setiap detik masa meninggalkan aku..Terasa sedih jugak..tak dapat mengulangi saat-saat indah..Ermm.lantas terfikir aku tentang family dan specialy tunang aku..dia bagaikan anugerah yang diberikan oleh tuhan untuk menjadi teman hidup aku didunia nie..insyaallah aku akan memafaatkannya dengan sebaik-baiknya.Yang penting bagi aku adalah mereka...aku mahu mereka sentiasa tersenyum,ketika aku berada disisi mereka..Aku harap sesiapa yang dikuniakan anugerah..akan sentiasa menghargainya dan jangan mengabaikannya..kerana sesuatu yang bernilai tak akan datang semula...

Sabtu, 16 Julai 2011

Niat

Apa yang anda tahu tentang niat?niat itu datangnya dari hati..kemahuan yang boleh menjadikan sesuatu perkara bertukar sebagai  tindakan..sebagai contoh :-


Masuk ke dapur anda , kemudian ambil sebiji gelas, kemudian isikan gelas tersebut dengan air sehingga penuh. Jangan ada sedikit ruang pun yang ada di dalam gelas tersebut. Kemudian berjalanlah dengan membawa gelas tersebut ke ruang tamu anda, atau di mana tempat di dalam rumah anda, dan pastikan anda menjaga agar air yang terdapat di dalam gelas tersebut tidak tumpah walau sedikitpun.

Anda akan merasakan bagaimana berhati-hatinya kita dengan penuh kesedaran dan juga tubuh kita bekerja untuk memastikan air tersebut tidak tumpah. Sehingga tubuh kita akan mengikut gerak dari kesedaran atau fokus yang telah kita berikan bagi memastikan air itu dapat di bawa tanpa tumpah sedikitpun.
Ketika kita fokus dengan penuh serius membawa gelas tersebut, kita mungkin mengabaikan suasana luar,kerana fokus kita hanya tertumpu kepada gelas yang berisi air tersebut.
Situasi inilah yang dinamakan niat. Niat bukanlah sekadar lafaz , sebuah bacaan atau mentera, tetapi niat ialah satu perbuatan yang didalamnya terdapat fokus yang penuh dengan kesedaran.

Tapi pada masa sekarang, ramai yang tak faham apa itu niat..mereka membiarkan niat mereka mengikut kehendak hati.. sebab itu ramai yang gunakan niat untuk keburukkan.. sebagai contoh..


Anda diajak oleh kawan ke sesuatu tempat...dengan alasan dia mahu belanja kamu makan kerana berterima kasih sebab menolongnya.
Anda mungkin akan menganggap dia mempelawa kamu makan disebab kamu menolongnya tanpa memikirkan apa-apa.


Sebelum dia menganjak kamu, dia mungkin ada perancangan dan niat yang kamu sendiri tak tahu? Adakah kamu tau niat dia? Jawapanya kamu sendiri tak tau..


Analisis yang dijalankan oleh sesebuah jabatan kaji selidik sosial..antara salah satu punca sesuatu perkara yang tak diingini berlaku adalah disebabkan sikap percaya,kemahuan hati(niat) walaupun kita mengenalinya.(Teman lelaki,saudara,sahabat,kawan atau rakan sekerja) Oleh kerana itu kamu menganggap perkara ini tidak penting didalam diri kamu tanpa memikirkan akibatnya. Jika perkara ini berlaku?Apakah tindakan kamu?Di sini kamu akan memikirkan sendiri apakah jawapan kamu...........


Setiap perkara jika tidak berfikir terlebih dahulu mesti akan mengundang masalah kepada diri kita atau orang sekeliling kita. Dan kita perlu tahu apa tanggapan orang lain terhadap kita.Jadi berfikir sebelum membuat keputusan.




Jumaat, 15 Julai 2011

Hujan

Huh..baru je sebentar tadi aku sampai ke pejabat..hujan lebat,ingatkan aku nak naik motor..tapi kalau aku naik..mesti basah kuyup...lalu aku bawa kereta je kat pejabat.. Lewat jugak aku bangun tadi..tapi sempat jugak sampai..hari nie tak ramai orang..ada 3 orang je pegawai..aku,seorang senior aku dan bos aku..4 pegawai lain pi bandung indonesia..dengan ahli jemaah pengarah.mmmm

Khamis, 14 Julai 2011

REUNION

Dalam aku leka wat keje..kawan bagi mesej,aku suruh aku kumpulkan kawan2 waktu sekolah menengah..katanya nak wat perjumpaan..kalau plan dia orang jadi dan berjaya kumpulkan kawan lama2..mungkin kita orang akan berkumpul di tepi pantai..sewa hotel agaknya kot..mesti best.. dah lama  tak jumpa..windu giler.. aku pernah cadangkan buat tempat yang jauh..takut dia orang tak dapat pergi plak.. aku harap kawan2 aku ada masa.Ermm,tapi lain plak ceritanya yang lagi satu reunion yang aku nak buat bersama geng ip aku..hari tue beria2 sangat..tapi sekarang senyap..lupa aku nak tanya..budak2 ip.. hope aku dapat bersama dengan mereka..insyaallah

Rabu, 13 Julai 2011

Hati

Ramai berbicara dan mempersoalkan soal hati.. dan jugak yang menyarankan aku bersahabat dengan hati..sedangkan diri sendiri tak pernah dan tak dapat melakukannya.Tanya pasal hati,memang susah kita nak jawab kan?ada orang kata,sebab kata, hati binasa...dan bagi aku, hati ini tiada "pendirian". Sebab hati terbahagi pada kemahuan,pilihan dan sifat..kalau nak aku cerita..memang tak habis... Jadi aku hendak bagitau, sebab hatilah aku sampai ketahap ini. Kehidupanku ditemani hati.. ditemani diri sendiri..hanya berkawan dengan hati..tapi aku tak dapat buat lebih dari itu..Hmm,sekarang..aku lebih rela berkawan dengan hatiku..daripada menjaga dan bersahabat dengan orang lain..sebab ia satu penyeksaan yang tiada penghujungnya..Namun, aku tak mahu aku dikawal oleh hati..biarlah aku yang mengawal hati..Tapi apa yang aku kata ini,bukan mengikut hati...ia adalah luahan hati... Kekadang kita pandai bicara dan memberi pendapat...tapi kita tak berfikir..ikut kata hati katakan...
Sebagai contoh,kamu pergi ke kedai makan..merasai masakkan(makanan) kamu makan kemudian kamu kata orang tue tak pandai masak?berhak ke kamu merungut?kamu hanya boleh kata..tapi kamu tak reti nak buat..(tak bersyukur) orang yang boleh berhak merungut adalah orang yang reti buat tapi dia tak akan merungut...kerana dia tau cara memasak dan tau apa yang kurang dalam satu masakkan(nasihat).. itu cuma contoh yang aku beri.. Dan aku nak bagitau,janganlah kau menyuruh orang lain bersahabat dengan hati sedangkan kau sendiri yang menjadi hamba hati...Faham. Jangan kau kata yang engkau berjaya bersahabat dengan hati sedangkan kau tak boleh membuatkan hati orang lain yang penting dalam hidup kau itu gembira.
Maknanya kau sendiri tak berjaya.. Namun aku akui,aku jugak tak berjaya bersahabat dengan hati, cuma hati itu hanyalah kawan aku selama nie...

Terkejut

Mmm..hari nie badan aku letih sangat,dengan mata yang sayu..badan yang longlai..aku teruskan jugak..waktu tengah hari,lepas akauntan habis check laporan.. aku balik umah,solat pastu tidur..aku cuba nak lelapkan mata..akhirnya aku berjaya walaupun tak lama..mungkin 1 jam..aku tersentak,dikejutkan oleh jam.aku terus bangun.. aku masuk pejabat pukul 3 petang. rasa memang lewat,tapi aku buat tak tau je..sebab aku ada bagaitau kat orang2 di pejabat..aku tak cukup tidur.. Sampai je di pejabat, aku menghilangkan diri..masuk ke bilik server untuk cuba melelapkan diri..tak sangka plak mata aku tak boleh lelap..Masa berlalu,tak sedar2..aku di kejutkan oleh pembantu aku..terkejut dia..tengok aku terlantar kat situ..Dia tanya tak cukup tidur ke..aku menjawab "ye" .. dia suruh aku balik berehat...Sampai je rumah,dengan pantas..aku terbaring...hhuhu.. aku fikir nak tidur sampai pagi besok..tapi dalam kul 8mlm,aku di kejutkan.. aku sendiri tak tau kenapa..seolah-olah ada orang kejutkan aku..aku bangun dan terus solat maghrib.....

Tak Tidur

Emm.. aku datang pejabat dengan kepala pening sangat2...dari semalam aku tak boleh tidur..badan aku tiba-tiba panas..mata pulak tak boleh lelap ..aku cuba tapi aku tak boleh jugak..sebelum nak pi keje,aku nak sangat ambil cuti...tapi terfikirkan akauntan nak datang..aku kuatkan diri untuk datang pejabat..Aku tak tau bila tenaga dalam badan aku aku nie nak low...sabar jelahh

Selasa, 12 Julai 2011

HARI-HARI YANG MEMENINGKAN....

Hmmm...hari nie aku kena panggil pi kat LPP..nie tak pasal2...tentang audit.. Dengan muka selamba je aku berjumpa dengan ketua audit tue.. Apa lagi..Kena soal jawab..,dia soal aku jawab je.. tapi ok je bagiku..Aku cuba nak settlekan supaya sempat wat mesyuarat Agung hujung bulan nie.. Tapi aku tak boleh rasa lega.. Banyak lagi yang tak selesai,lagipun besok akauntan nak datang...hhuhuhuhu. Tapi yang aku fikirkan sekarang nie,dari pembantu pertanian leh jadi jurujual..dan sekarang aku jadi ketua akaun PPK plak... lawak tul...

Lapar lapar....

Ermm..pagi2 pewut dah bunyi...mungkin semalam tak sempat aku nak masak...tekun sangat..huhuhuhu..hari nie kenalah isi benda2 yang patut dalam pewut nie...janji kenyang..teringinnya nak makan ayam kampung... balik nanti nak ajak adik aku tangkap ayam.. mesti best.. Tapi kena tunggulah aku balik sana, pe2 pun...hari nie aku nak makan ..nyam nyamm

Isnin, 11 Julai 2011

Adui... Sekarang aku bangkitkan isu GaMbAR

Tak sangka plak aku menyalah guna kemudahan yang ada..walaupun aku sendiri pamerkan gambar orang lain...huhuhuhuh.. Walaupun bukan untuk tontonan umum..tapi ia leh di lihat oleh orang.. Nanti kena ciplak plak.. huhuhuhuhu... Mungkin aku akan gantikan dengan gambar lain k...


Sorry Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Aku sudah letih..

Letih sungguh aku membuat orang lain gembira..letih sungguh aku mengikut kehendak orang lain...aku nak sangat merasai orang lain membuat aku gembira... tapi semenjak nie,dalam kesunyian aku..ada orang yang mengambil berat tentang aku... Lega betul hatiku...sekarang apa yang penting...aku nak membuat mereka gembira... thanks thanks thanks....

Kaki yang sakit...

Adui...sakit betul kaki aku..lambat betul nak baik...aku harap ia cepat sembuh...nanti leh jogging lagi,sambil jogging tenangkan diri dan sihatkan tubuh  badan...Penat memanglah penat, 3 round...leh masuk rekod dah...daki bukit tanpa henti... huhuhuh..

Banyak yang hendak di fikirkan..

Erm..baru sebentar tadi pembantu aku mc... sian kat dia..mesti pening nak fikirkan masalah audit dan akauntan negeri yang hendak check laporan..Ish..aku pun tidak dikecuali.. kena tanya macam2...huhuhu..Tak tau nak jawab pe entah..Tapi apa yang ada kat kepala...bedal jelah... Tapi dalam aku wat keje,aku fikiran beberapa orang yang penting dalam hidup aku... aku xtak tau,nape kadang2 ia datang...aku cuba nak hindarkanya..supaya aku tak campuri urusan dia.. Tapi tengok pada gayanya, rasanya dia happy sangat.. oklah kalau macam tue..biarlah dia fikir sendiri..sudah besar aku malas nak bagitau dan nasihat dia lagi..sebab macam x layak dan tidak dipedulikan...namun aku tak kisah.. biarlah dia bina laluan,aku akan jalan melaluinya.. Aku jugak terfikir pasal family aku.. teringat pulak pada adik perempuan aku...bila aku terkenangkan mereka..aku sedih sangat..entahlah... aku nak saja tunaikan impian adik aku tue... mesti adik aku fikir..aku tak berpegang pada janji... insyaalah,abgmu akan cuba sedaya upaya selagi abgmu masih hidup...Apa yang penting bagiku adalah senyuman mereka... abang sayangkan kamu berdua..Jaga mak dan ayah yer untuk abg k..

Hari nie dalam sejarah....

Baru sebentar tadi aku pi SPR..mendaftar katakan...nak masuk politik? Itu bukan kerja aku...aku x berminat..tapi aku mendaftar sebab aku tau tanggugjawab aku sebagai rakyat malaysia... Namun aku kesal dengan apa yang berlaku sekarang nie.. Manusia yang ingin kan kuasa sampai menjualkan maruah negara.. Kenapa?Kenapa?Kenapa? sampai begitu ker?kuasa merosakkan segalanya...Aku Benci..Benci sangat orang yang merosakkan negara aku.. Peristiwa 9/7/2011,Kempen Bersih..aku benci tengok..geram sangat...merosakkan negara aku...kehormanian,keamanan..Hmm.. Orang yang bodoh je yang lakukan benda yang macam tue..harap je belajar pandai-pandai...tapi tak guna otak untuk berfikir..pentingkan diri...dan menyusahkan rakyat je.. Kalau nak buat perhimpunan jalanan...buatlah kat gua ke,hutan ke,pulau ke...tapi jangan menyusahkan orang...Benci