Sabtu, 7 Julai 2012

JagAlah MaruaH



Maruah dan harga diri mesti dijaga dalam kehidupan setiap Muslim. Tanpa maruah dan harga diri, seseorang itu akan mudah terjebak ke kancah maksiat atau terjerumus ke lembah kehinaan.
Justeru, dalam kehidupan orang Melayu akhlaknya berteraskan kepada ajaran Islam. Melalui didikan akhlak seseorang itu akan dapat menjaga maruah dan harga dirinya. Selain itu, sifat malu menjadi separuh daripada iman yang membentengi akhlak dan maruah dirinya.

Sebagai umat Islam yang berakhlak mereka akan sentiasa menjaga maruah dan harga diri dengan menghindari perbuatan yang boleh merosakkan akhlaknya. Allah memberi peringatan yang jelas melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta dipertanggungjawabkan.” (Surah Al’Isra’: 36)


Peringatan dan ingatan ini hendaklah dijadikan panduan dalam kehidupan yang penuh cabaran ini. Kehidupan pada akhir zaman memang banyak dugaan kepada setiap orang. Hanya keimanan dan akhlak yang baik akan menjaga hati dan dirinya tidak terjebak kepada perbuat
an yang boleh menjatuhkan maruah dan harga diri.

Sabtu, 12 Mei 2012

Andai lelaki tahu..

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadiaN..


Sabtu, 10 Mac 2012

Cinta Pertama

Hattan - Cinta Pertama

Aku terima ketentuan ini 
Engkau menghilang lenyap dari hariku 
Aku menempuh liku dalam liku 
Tubuh langkah kesal lindungku 

Sepi kesepi panjang dan berbatu 
Pedih hancur lena dalam mimpiku 
Aku mendengar keluhan darimu 
Namun kini segala berlalu 

Chorus
Cinta pertama hanya dirimu 
Cinta pertama mengajar aku 
Cinta pertama sekadar waktu 
Sedangkan aku mencintaimu 
Maafkan aku 
Maafkan aku 
Meluka hatimu

Kini ke mana tiada lagi hidup aku 
Hanya rintih meneman hari-hariku 
Biar bertahun ku inginkan oh tahu 
Kekal harum cinta padamu 

Cinta pertama hanya dirimu 
Cinta pertama mengajar aku 
Cinta pertama sekadar waktu 
Sedangkan aku mencintaimu 
Aku perlukan Tuhan yang tahu 
Aku melara menentang waktu 
Maafkan aku dosa-dosaku 
Maafkan aku oh kasihku 
Maafkan aku 
Maafkan aku 
Maafkan aku 
Maafkan aku 

Cinta pertama hanya dirimu 
Cinta pertama mengajar aku 
Cinta pertama sekadar waktu 
Sedangkan aku mencintaimu 
Aku perlukan tuhan yang tahu 
Aku melara menentang waktu 
Maafkan aku dosa-dosaku 
Maafkan aku oh kasihku 
Maafkan aku 
Maafkan aku 
Maafkan aku 
Maafkan aku


mAsA tEtAp BerLalU


Hari demi hari kian berlalu..tanpa ku sedari..aku melangkah pada tahun baru..
Tak sangka plak dah masuk tahun 2012..umur plak dah meningkat..kira aku dah masuk 26 tahun..
Banyak betul kenangan yang telah berlalu..tapi semua itu,akan  aku ingat didalam ingatanku..biarlah ia menjadi salah satu kenangan yang terindah..
Jujur aku nak katakan.. yang aku rindu kepada seorang…terlalu rindu..entahlah..tapi aku kadang-kadang tak faham..tak mengerti…ada je yang tak kena…banyak betul dugaan kan kann…Hendak tak nak..kena juga hadapinya..sabar jelah. Apa boleh buat…dunia-dunia..biarlah masa tetap berlalu...