Sabtu, 16 Julai 2011

Niat

Apa yang anda tahu tentang niat?niat itu datangnya dari hati..kemahuan yang boleh menjadikan sesuatu perkara bertukar sebagai  tindakan..sebagai contoh :-


Masuk ke dapur anda , kemudian ambil sebiji gelas, kemudian isikan gelas tersebut dengan air sehingga penuh. Jangan ada sedikit ruang pun yang ada di dalam gelas tersebut. Kemudian berjalanlah dengan membawa gelas tersebut ke ruang tamu anda, atau di mana tempat di dalam rumah anda, dan pastikan anda menjaga agar air yang terdapat di dalam gelas tersebut tidak tumpah walau sedikitpun.

Anda akan merasakan bagaimana berhati-hatinya kita dengan penuh kesedaran dan juga tubuh kita bekerja untuk memastikan air tersebut tidak tumpah. Sehingga tubuh kita akan mengikut gerak dari kesedaran atau fokus yang telah kita berikan bagi memastikan air itu dapat di bawa tanpa tumpah sedikitpun.
Ketika kita fokus dengan penuh serius membawa gelas tersebut, kita mungkin mengabaikan suasana luar,kerana fokus kita hanya tertumpu kepada gelas yang berisi air tersebut.
Situasi inilah yang dinamakan niat. Niat bukanlah sekadar lafaz , sebuah bacaan atau mentera, tetapi niat ialah satu perbuatan yang didalamnya terdapat fokus yang penuh dengan kesedaran.

Tapi pada masa sekarang, ramai yang tak faham apa itu niat..mereka membiarkan niat mereka mengikut kehendak hati.. sebab itu ramai yang gunakan niat untuk keburukkan.. sebagai contoh..


Anda diajak oleh kawan ke sesuatu tempat...dengan alasan dia mahu belanja kamu makan kerana berterima kasih sebab menolongnya.
Anda mungkin akan menganggap dia mempelawa kamu makan disebab kamu menolongnya tanpa memikirkan apa-apa.


Sebelum dia menganjak kamu, dia mungkin ada perancangan dan niat yang kamu sendiri tak tahu? Adakah kamu tau niat dia? Jawapanya kamu sendiri tak tau..


Analisis yang dijalankan oleh sesebuah jabatan kaji selidik sosial..antara salah satu punca sesuatu perkara yang tak diingini berlaku adalah disebabkan sikap percaya,kemahuan hati(niat) walaupun kita mengenalinya.(Teman lelaki,saudara,sahabat,kawan atau rakan sekerja) Oleh kerana itu kamu menganggap perkara ini tidak penting didalam diri kamu tanpa memikirkan akibatnya. Jika perkara ini berlaku?Apakah tindakan kamu?Di sini kamu akan memikirkan sendiri apakah jawapan kamu...........


Setiap perkara jika tidak berfikir terlebih dahulu mesti akan mengundang masalah kepada diri kita atau orang sekeliling kita. Dan kita perlu tahu apa tanggapan orang lain terhadap kita.Jadi berfikir sebelum membuat keputusan.




Tiada ulasan: